Tuesday 22 July 2014

iamNEETA - SATU DUNIA ( HEY HEY HEY ) Lirik,Lyric

Hidup kita di dunia
Penuh helah
Dusta manusia
Pandang dan kanan
Ada derita
Namun ada bahagia

Chorus:
Bangunlah semula
Berlawan jangan kau berhenti
Teruskan berdiri
Bertahan hingga kan terbukti
Jangan kau fikirkan
Yang lemah slalunya di bawah
Jangan kau rendah kan
Berani mari kedepan dan
Kita tempur

Ada hitam dan putih
Yang mana satu
Jalan kau pilih
Walau berbeza beza
Kita tetap satu dunia

Ulang: Chorus-Solo-Chorus 

LAGU & LIRIK PATRICK ANOHADA
( NAR PUBLISHING SDN BHD )

Sunday 20 July 2014

#iftarwithiamNeeta quick review

19 july,Bulan Ramadan
berbuka puasa bersama rakan-rakan iamneeta.
sangat best!! dorang datang dari berlainan tempat
ada yang dari bangi,shah alam,sg buloh dan singapore pun ada.
Cayalah dari singapore pun turun.respect for iamneetafcs!!!
tak sangka dari kewujudan iamNeeta boleh buat mereka bergabung,
menjadi kawan,happy la! harap harap setiap tahun ada iftar iamNeeta..
tahun lalu pun dah wujud itarwithiamneeta,ini yang kedua..
tahun ni pula muka2 org baru dan fans baru pun ada..
pemilihan dia maximum 40 utk org je..
harap2 tahun depan dapat tempat yang luas sikit,
tapi ada juga yg tak dapat datang sebab tak ada transport..
biasalah remaja yang masih belajar kan,
tak apa apa kami faham..jangan sedih ok!
iamNeeta bukanya ke mana pun,nanti peform di negeri korg,datang ok..

Mulanya semua agak pemalu,lama lama ok dah..serious semua yang datang best! comel2 gitu..
ada yang dapat perform sama kami,dapat dengar lagu iamNeeta yang belum kami release,
dapat dengar lagu baru iamneeta,
apapun korang memang the best semua! satu lagi kenangan manis korang berikan!
terima kasih semua!!!





IamNeeta opening act for Taylor Swift

Suatu pengalaman yang tak akan ku lupa seumur hidup..
Syukur at last iamneeta jadi pemenang untuk opening act ini.
ya setelah bertungkus lumus buat cover iamNeeta menang juga akhirnya.
Terima kasih pada yang vote untuk kami.terbaik korang!

Semua ini pemilihan dari Sony Music Malaysia,
ada 5 artis terpilih semuanya,
pertandingan siapa buat youtube cover terbaik akan menang.
antara artis lain ialah Mark Adam,Narmi,Diandra Arjunaidi
dan dari artis Nar records sendiri Deanna hussin.
syukur dari awal sampai akhir iamneeta is the top1.
berbaloi penat penat..PAID!!!

D day
tiba se awal jam 3 petang di indoor stadium bukit Jalil.
nervous juga perform dengan stage artis antarabangsa kan..
435pm sound check bermula..
bekerja dengan mat salleh dorg memang strict sangat.
bayangkan kami naik pentas satu benda pun tak ada..
cuma lantai kosong untuk iamneeta..
di beri 30 minit untuk set up semua instrument
termasuk drum set sekali..siap guna stop watch lagi mat salleh tu,
sepatutnya mana ada setup dari kosong dgn sound chek 30 minit ja..
tapi itulah yang kami dapat.Harap pihak malaysia dapat strict kan
lagi peraturan malaysia juga kelak.
semua crew malaysia panik buat kerja cepat cepat untuk set up.
bayang kan drum set wiring system,monitor,power supply,
miking dorg kena siapkan dalam masa tu,
kesian gila semua.huru hara!
sound check suku lagu lepas tu..dah...
stop watch dah 30 minit.
apa pun dorg memang siap dalam 30 minit tu,
cuma monitor musician tak hidup lansung monitor sekadar hiasan jadinya,
bayangkan saya tak berapa dapat dengar guitar 2 dan bass,
vocal pula delay 1 saat baru dengar dari selepas feed back dari dinding staduim..
worst sound hari tu untuk musician! tapi nasib baik penontonn dengar ok ok juga..
tapi tu je la harap pihak malaysia dapat fikir macam mana
ubah peraturan ni supaya quality untuk pendengar semua ok..
apapun pujian untuk crew Malaysia hari tu..
kami faham 30mint untuk set up mmg tak cukup

8pm Perform untuk 25 mint
walaupun tak dengar monitor..
layan je la..tu je yg ada,cuma sengsara nya
dengar vocal laid back gitu..
ingat nervous rupanya mula2 je..
semua berjalan lancar selepas itu..
Peminat Taylor Swift pun supporting semuanya!

Tnank you: Sony Music,Cornetto,Nar records,iamneetafans,Swifties

check it out  iamneeta covers on youtube:
iamNeeta Relakan jiwa,say something,hanya kau yang mampu dan Red





Saturday 5 July 2014

Belajar Cipta Lagu ??

Cipta Lagu????
sebelum belajar cipta lagu..
terlebih dahulu saya google how to create a song dan tgk youtube..
juga stalk top 10 indonesian malaysian composer..bagaimana dorg dapat ilham..
syukur dari sana dan blog spot orang2 lain.Dorg berkongsi pendapat,masing2 ada cara tersendiri..
tapi satu yg ku tahu!! dorang usaha lebih dari apa yang kita sangka.
jadi bermula lah cubaan mencipta lagu..balik je dari kerja masuk studio duduk bersandar kat dinding paksa cipta lagu..satu hari dari jam 6pm hingga jam 2am rasa nya..esoknya pula kerja 8 to 5pm..
hari2 ulang benda yang sama deja vu hari2.
lama juga nak biasakan diri paksa cipta lagu ni..
satu benda nak pesan ni,buat lagu memang susah! 
kena kurangkan lepak korbankan masa.
rasa nak mutah nak pitam dalam studio pun ada..
hasil nya buruk awal2 dulu..rasa kecewa pun ada..tapi tabah je la esok cuba lagi..
tapi tetap sabar kerana ku tahu usaha itu tangga kejayaan
dan ku tahu orang yang berusaha tuhan akan tolong..
dari semua ini,wujud lah cita cita baru,iaitu menjadi composer

Bermula studio Merah hitam

Studio kami bermula di rumah sewa kami (saya dan abang)
oleh kerana ada satu lagi bilik kosong.
maka buat lah mini studio dgn dua instrument dulu pada mulanya.
abang pula berjinak2 masuk ke bidang muzik dia ambil class drum.
slow2 dia kumpul duit dan beli drum set murah,
semakin lengkap lah studio.Siap hiasan,carpet,air cond,tak puas hati juga banyak lagi yang kurang..
kebetulan saya mendapat master card pada masa tu dan habis juga saya gunakan untuk alat muzik..
Mengeluh! tapi biarlah sautu hari ku tahu akan dapat pulanganya dan bayar balik..
tempat ni la duduk terperap belajar macam2..tempat jaming kadang2 tempat tidur kawan2.
banyak kenangan dan studio ni telah berjasa,banyak beri ilmu, check kt sini cover2 lagu di studio ni http://www.youtube.com/user/nakal666
Terima Kasih studio Merah Hitam!!!! 





Permulaan dunia Muzik saya

Macam mana nak mula ya? lama tak tulis karangan xoxo
semua bermula di Sg Petani kedah,sedang sibuk bekerja dan juga hobi masa tu melukis,suatu hari entah macam boleh pegi kedai muzik dan survey2 gitar kononya,salah satu pekerja nya berbisik "adik kalau nak cari gitar abang ada jual second hand 90% baru lagi katanya..pertukaran no telefon..berkenalan dan berjumpa di luar pada esoknya dan dia bawa instrument second hand tu untuk demo,satu gitar electric dan Amp..gitar gio Ibanez hitam dan Line 6 spider3 guitar Amp 15 watt,tak silap Rm550 je di jual untuk 2 barang ni,tuanya dah nak kawin dan nak let go barang2 ni..
pening kepala masa tu duit tak cukup keinginan pun tak la nak sangat benda ni..tapi katanya boleh bayar 2 atau 3 kali..pinjam duit dgn abang sikit,,so jadi la angkat teruss..
series keinginan pada masa tu tak la nak sangat instrument tu tapi takdir macam dah di susun untuk saya bermula dgn muzik disini.
Jatuh Cinta dengan Muzik setelah dapat barang ni..bertuah dapat murah dan kualiti lagi..hari2 juga main gitar padahal tau 4 chord je gitu..tak puas hati..pegi kedai buku popular cari buku kord gitar..murah ja buku kord kecik RM3:50sen..minggu depan nya pula beli buku guitar lesson yg besar pula..
tak pandai2 juga ada sesuatu yang kurang.
Bercadang masuk kelas gitar pula.
Tanya punya tanya,kelas gitar murah sebenarnya RM60 je utk sebulan,4 sesi sebulan,pusat muzik Sze Chan namanya di Sg Petani Kedah.
Target 3 bulan masuk class utk bole baca gitar tab je then blah,3 bulan pun berlalu,rupanya susah nak belajar tab..apa yg ku dapat asas gitar dan power chord..tapi cikgu tu memang hebat cara dia ajar memang bagus tinggi kesabaranya..rasa dah cukup apa yg aku patut tahu dalam basic gitar tu..dan nak jimat duit so sambung la belajar sendiri2

Peringatan: Belajar sendiri memang boleh tapi kena la ada guide seperti youtube atau pun kawan2..youtube banyak menngajar sekarang,contoh nya dari tone guitar,guitar scale,finger exercise hampir semua ada.Kita ambil apa yg boleh pakai,mula dari bawah.Saya pun masih di peringkat awal dalam gitar ni kita slow2 usha apa yg kita patut tahu

Dari hobi Melukis ke Muzik

Dulu sejak dari kecil memang minat melukis,dalam kelas sentiasa no1 kalau bab melukis ni,tapi malangnya melukis sekarang kurang mendapat sambutan dengan teknologi yang ada sekarang,dan orang2 yang minat dengan hasil seni semakin kurang,pernah juga membuat duit sampinagan dengan melukis ni tapi sekejap sahaja..kalau nak di jadikan kerjaya melukis ni memang susah juga zaman sekarang ni,kena betul2 berbakat baru boleh bersaing...bawah antara lukisan potret yang pernah ku lukis

Friday 4 July 2014

Profile Saya



                                                                                                                                                          
Patrick Lofamia Anohada
pekerjaan sekarang: iamneeta band guitarist,composer,lyricst dan bekerja sepenuh masa di Nar Records sebagai Sound engineer dan macam2.
asal: lahir kt Hospital Queen Elizabeth KK Sabah,
Mak bapa berasal dari  Philippines dan oleh kerana saya lahir kt sabah so jadilah warganegara Malaysia :)
haa ni susah juga nak jawab kalau orang tanya,biasa cakap asal dari sabah ja..dan dorg jawab "Boleh Bha Kalau Kau" :D
boleh faham dan bercakap philippines 4 jenis bahasa,
untungnya kalau tengok drama philippines tak payah tengok sari kata :P

Membesar kat banyak tempat,keluarga yang selalu pindah2,Sabah banyak tempat kt Likas,Petagas,Kepayan,Inanam,Tenom,Beaufort dan Labuan masa sekolah menengah,ke Sungai Petani Kedah setelah saya merantau jauh dari keluarga dan start kerja kt kedah dan sekarang berada di Kuala lumpur.jadi bagi saya ada dua tempat yang saya sayang,Sabah dan Kedah.di situ bila saya balik rasa sebagai rumah..
Di lahirkan oleh keluarga yang amat sederhana,ada lima adik beradik saya anak ke tiga ataupun tengah antara 5 beradik,saya ada adik abang dan kakak,bertuah kan :)

Hobi: Melukis & Muzik
ada juga minat yang terpendam iaitu memasak secara serius,dan menjadi hair stylist mungkin suatu hari nanti...mungkin la

Salam Berkenalan

Hye Salam semua...saya Patrick Anohada..baru belajar buat blog di sini,lama sudah ku perhatikan cara buat blog ni (siap tgk tutorial youtube dan google lagi) dah lama blog ni wujud cuma sekarang baru nak belajar update pula..yala boleh tengok masa zaman2 tua nanti dan juga siapa yg nak tahu tentang kehidupan ini,
okay terutama sekali saya nak minta maaf kalau bahasa dan penulisan saya tak berapa baik dan mungkin boleh membuat salah pemahaman kepada pembaca

So hari ini cuba update belog pertama saya!
sementara menunggu Brazil vs columbia jam 4 pagi ini tak tidur la nampaknya..
mulakan dengan profile diri selanjutnya...