Saturday 5 July 2014

Permulaan dunia Muzik saya

Macam mana nak mula ya? lama tak tulis karangan xoxo
semua bermula di Sg Petani kedah,sedang sibuk bekerja dan juga hobi masa tu melukis,suatu hari entah macam boleh pegi kedai muzik dan survey2 gitar kononya,salah satu pekerja nya berbisik "adik kalau nak cari gitar abang ada jual second hand 90% baru lagi katanya..pertukaran no telefon..berkenalan dan berjumpa di luar pada esoknya dan dia bawa instrument second hand tu untuk demo,satu gitar electric dan Amp..gitar gio Ibanez hitam dan Line 6 spider3 guitar Amp 15 watt,tak silap Rm550 je di jual untuk 2 barang ni,tuanya dah nak kawin dan nak let go barang2 ni..
pening kepala masa tu duit tak cukup keinginan pun tak la nak sangat benda ni..tapi katanya boleh bayar 2 atau 3 kali..pinjam duit dgn abang sikit,,so jadi la angkat teruss..
series keinginan pada masa tu tak la nak sangat instrument tu tapi takdir macam dah di susun untuk saya bermula dgn muzik disini.
Jatuh Cinta dengan Muzik setelah dapat barang ni..bertuah dapat murah dan kualiti lagi..hari2 juga main gitar padahal tau 4 chord je gitu..tak puas hati..pegi kedai buku popular cari buku kord gitar..murah ja buku kord kecik RM3:50sen..minggu depan nya pula beli buku guitar lesson yg besar pula..
tak pandai2 juga ada sesuatu yang kurang.
Bercadang masuk kelas gitar pula.
Tanya punya tanya,kelas gitar murah sebenarnya RM60 je utk sebulan,4 sesi sebulan,pusat muzik Sze Chan namanya di Sg Petani Kedah.
Target 3 bulan masuk class utk bole baca gitar tab je then blah,3 bulan pun berlalu,rupanya susah nak belajar tab..apa yg ku dapat asas gitar dan power chord..tapi cikgu tu memang hebat cara dia ajar memang bagus tinggi kesabaranya..rasa dah cukup apa yg aku patut tahu dalam basic gitar tu..dan nak jimat duit so sambung la belajar sendiri2

Peringatan: Belajar sendiri memang boleh tapi kena la ada guide seperti youtube atau pun kawan2..youtube banyak menngajar sekarang,contoh nya dari tone guitar,guitar scale,finger exercise hampir semua ada.Kita ambil apa yg boleh pakai,mula dari bawah.Saya pun masih di peringkat awal dalam gitar ni kita slow2 usha apa yg kita patut tahu

No comments:

Post a Comment